Rawatan Holistik Islamik Yang Menggabungkan Terapi Pengubatan Islam, Perubatan Alternatif dan Pemulihan Rohani Untuk Kesihatan Menyeluruh

Masalah Kesihatan Rakyat Malaysia: Realiti Yang Perlu Kita Ambil Berat

Setiap hari, semakin ramai rakyat Malaysia berdepan dengan masalah kesihatan yang membimbangkan. Antara yang paling kerap berlaku termasuk:

Ini hanyalah sebahagian kecil daripada gejala yang sering dialami — dan malangnya ramai yang menganggap ia sekadar perkara biasa. Ada juga yang sudah berikhtiar ke klinik atau hospital, namun masih belum menemui jalan penyelesaian.

Lebih membimbangkan, jika dibiarkan berlarutan, gejala-gejala ini boleh menjejaskan rutin harian, rezeki, dan hubungan keluarga. Ia bukan sekadar gangguan fizikal – tetapi turut mengusik ketenangan rohani dan emosi.

Hurriya Wellness
Gabungan Rawatan Islam, Tradisional & Komplementari

Di sinilah lahirnya Hurriya Wellness — satu usaha membawa kembali keseimbangan jasmani, rohani dan emosi, dengan izin Allah, melalui pendekatan Rawatan Islamik , Tradisional & Alternatif yang telah diamalkan sejak zaman berzaman.

Kami bukan klinik biasa. Kami bukan sekadar perawat. Kami adalah pendamping dalam proses pemulihan anda — yang hadir terus ke rumah anda untuk memberikan rawatan secara peribadi, selesa, dan tenang.

Perkhidmatan yang ditawarkan :

Rawatan Islam

Kaedah Ruqyah Syar’iyyah menggunakan ayat-ayat al-Quran , selawat serta doa-doa khusus. Rawatan gangguan spiritual / mistik , pemagaran rumah , pendekat jodoh , ikhtiar zuriat , pemulihan rumah tangga, pemulihan masalah perniagaan , pelembut hati anak dan lain²

Rawatan Tradisional & herba

Rawatan cara perawat terdahulu serta penggunaan ramuan herba seperti minyak, rebusan , pemakanan dan sebagainya.

Bekam & Klinikal

Nikmati kelegaan semula jadi dengan rawatan bekam berasaskan pendekatan klinikal – gabungan ilmu perubatan tradisional dan protokol moden.

Urut Tradisional

Penat? Lenguh? Badan rasa ‘berat’? Dah tiba masa hadiahkan diri sendiri dengan urut tradisional – sentuhan lama yang tak lapuk dek zaman!

Akupuntur

Tusukan jarum halus pada titik-titik tertentu untuk melancarkan aliran tenaga(Qi)

Homeopathy

Pemberian ubat titisan/sukuan berasaskan bahan semulajadi dalam dos sangat kecil

⁠Refleksologi

Tekanan pada titik-titik refleksi di tapak kaki untuk rangsang organ dalaman

Gurah

Pembersihan lendir dari rongga hidung dan tekak menggunakan herba khas

Rawatan Eksklusif Di Rumah Pesakit:
Kenapa Ini Pilihan Terbaik

Kami percaya, proses penyembuhan lebih berkesan apabila pesakit berada dalam keadaan selesa. Rawatan di rumah membolehkan:

Dengan izin Allah, ramai pesakit kami melaporkan perubahan positif selepas rawatan hanya kerana mereka dirawat dalam suasana yang lebih ‘terbuka’ dan tidak tertekan.

Saya berminat
Macam mana dengan harga?

Kami faham setiap pesakit memiliki keperluan dan kemampuan yang berbeza. Sebab itu kami menyediakan beberapa pakej rawatan yang boleh dipilih mengikut keselesaan bajet anda sendiri.

Kami Ada Pakej Tertentu
Pakej rawatan kami disusun khas untuk membantu anda ikhtiar sembuh dengan cara yang tersusun dan profesional – tanpa membebankan.

Pesakit berhak memilih bajet pakej yang ditentukan
Kami percaya setiap pesakit berhak memilih rawatan yang sesuai dengan kemampuan. Tidak perlu risau, kami akan bantu anda buat pilihan terbaik.

Termasuk Kos Perjalanan ke Rumah Pesakit
Rawatan dijalankan terus di rumah anda untuk keselesaan maksimum. Kos perjalanan kami sudah termasuk dalam harga ( SHAH ALAM , KLANG , BANTING , PUTRAJAYA , CYBERJAYA SAHAJA ). Jangan risau

Tak Mampu? Rawatan Jarak Jauh Juga Disediakan
Kami tidak pernah menolak pesakit. Jika anda tidak mampu, kami masih boleh bantu melalui rawatan jarak jauh

Kenapa Perlu Bertindak Sekarang?

Mungkin anda fikir:

“Tak apa, tunggu dulu. Biasa je ni. Nanti baiklah sendiri.”

Tapi realitinya, semakin lama sesuatu gejala dibiarkan, semakin kuat ia ‘bersarang’ dalam badan. Kadang-kadang gejala fizikal hanyalah permulaan — yang lebih menakutkan ialah bila mula melibatkan emosi, rezeki, dan hubungan keluarga.

Jangan tunggu sehingga:

Kenapa Pilih Hurriya Wellness?

Berpengalaman lebih 20 tahun dalam ilmu perubatan

Memiliki sijil SKM dan berdaftar sebagai pengamal dibawah
BPT&K-KKM

Rawatan 100% berlandaskan kaedah Islam yang sahih

Gabungan teknik tradisional yang diiktiraf dan terbukti

Rawatan di rumah, privasi terjaga

Harga boleh runding, insya-Allah tak membebankan

Konsultasi mesra dan tiada paksaan

Tiada wajah perawat didedahkan – fokus hanya pada ikhtiar & rawatan

Pesakit wanita boleh ditemani pasangan / adik beradik

Ikhtiar itu wajib. Kesembuhan itu urusan Allah.

Ambil Langkah Pertama Hari Ini

Jangan tunggu sakit jadi parah. Jangan biar diri, keluarga atau orang tersayang terus menderita dalam diam. Insya-Allah, dengan izin-Nya, setiap usaha dan ikhtiar ada hasilnya.

Peringatan! Tempahan awal digalakkan bagi elakkan pertindihan jadual

Follow kami